Press Release – For Immediate Publication
Kuala Lumpur, 13th March 2023
We strongly condemn the actions taken by the Royal Malaysian Police (PDRM) towards the participants, speakers, organisers, and observers of the Women’s March Malaysia 2023 (WMMY). The press statement issued by the PDRM on 12 March 2023 which was followed by the Notice 111 sent out to 7 participants, speakers, and organisers of WMMY in the middle of the night marks a troubling precedent against democratic action under the newly-elected Unity Government.
We recall and remind this current government of its long history of democratic actions and expressions and the use of public assembly and protests over the last several decades prior to its coming to power. And we are disheartened and disappointed at being penalised for exercising our democratic rights to fight for a better Malaysia.
Do we not deserve to express our thoughts, talk about the issues that plague the lives of one too many people, and ask for changes that will create the Malaysia MADANI the unity government wants? The ‘I’ in MADANI stands for ‘Ihsan’, its elaboration asking for us to treat everyone, especially minorities with empathy and kindness. Our demands are meant to highlight to the government 9 areas that must be addressed immediately to ensure that the basic rights of everyone including oppressed genders are no longer trampled upon in Malaysia.
Article 10 of the Malaysian Federal Constitution clearly states that every citizen has the right to freedom of speech and expression, all citizens have the right to assemble peaceably and without arms. The organisers of Women’s March 2023 took all the necessary steps to inform relevant authorities and follow the rules and regulations in place before the march.
Malaysia has an obligation as a signatory to the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women to ensure the full protections of human rights for women and girls, including transgender people and sexual minorities. The heavy-handed reaction of PDRM against peaceful protestors at a Women’s March will reflect badly on Malaysia’s upcoming CEDAW review this year, shining light on the disproportionate use of police powers on a national and international level.
In the same vein as SUHAKAM’s 27th monitoring report of public assembly in 2021, the PDRM should desist investigating and charging anyone merely for exercising the fundamental right to peacefully assemble, instead allocating priority towards more pressing injustices raised during the Women’s March, such as: child marriage, online and physical gender-based violence, and protecting groups facing marginalisation.
This is a critical time for the newly elected government to show their commitment towards improving its human rights record by making it an obligation to assess the impact towards citizens’ rights in peaceful assemblies. We urge the government to address the trust-deficit of citizens towards our core institutions, and restore public confidence by acting on the accepted UN recommendation 151.147: revise the Peaceful Assembly Act in order to eliminate discrimination and hindrance to the freedom of association and peaceful assembly.
If that is the vision for a new and improved Malaysia, why are the authorities going against the very principle of what the Malaysian government claims it stands for? We urge the government to protect our rights as Malaysians, our rights as humans, our rights in this democratic nation.
Kenyataan Media – Untuk Penerbitan Segera
Kuala Lumpur, 13 Mac 2023
Kami sekeras-kerasnya menentang tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap peserta, penceramah, penganjur, dan pemerhati Women’s March Malaysia 2023 (WMMY). Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh PDRM pada 12 Mac 2023 yang diikuti dengan Notis 111 yang dihantar kepada 7 peserta, penceramah, dan penganjur WMMY pada tengah malam merupakan satu duluan yang membimbangkan untuk tindakan demokrasi di bawah Kerajaan Perpaduan yang baru dilantik.
Kami mengimbau dan ingin mengingatkan kerajaan semasa dan pihak berkuasa sejarah demokrasi negara ini, termasuk perhimpunan awam dan protes beberapa dekad yang lalu. Kami kecewa kerana dihukum kerana menggunakan hak demokrasi kami untuk memperjuangkan Malaysia yang lebih baik untuk semua.
Adakah kami tidak layak suarakan pendapat dan bicarakan isu-isu yang membelenggu kehidupan rakyat, dan menuntut perubahan yang akan mewujudkan Malaysia MADANI yang kerajaan perpaduan ingin realisasikan? ‘Ihsan’ iaitu ‘I’ dalam akronim MADANI merupakan sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan terhadap masyarakat, terutamanya golongan minoriti. Tuntutan kami mengetengahkan 9 isu yang mesti ditangani segera untuk memastikan hak asasi setiap orang termasuk gender tertindas tidak lagi ditindas di Malaysia.
Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan dengan jelas bahawa setiap warganegara Malaysia mempunyai hak kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman dan tanpa senjata. Pihak penganjur Women’s March 2023 telah mengambil semua langkah yang diperlukan sebelum perarakan, termasuk memaklumkan pihak berkuasa yang berkaitan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Sebagai penandatangan CEDAW, Malaysia wajib memastikan perlindungan penuh hak asasi manusia wanita dan kanak-kanak perempuan, termasuk golongan transgender dan minoriti seksual. Tindakan PDRM terhadap mereka yang menghadiri perarakan ini yang keterlaluan dan akan memberi imej yang buruk untuk kajian CEDAW Malaysia tahun ini. Ia akan mendedahkan penyalahgunaan kuasa polis di peringkat nasional dan antarabangsa.
Laporan pemantauan perhimpunan awam ke-27 SUHAKAM pada tahun 2021 menyeru PDRM untuk berhenti menyiasat dan mendakwa rakyat Malaysia yang melaksanakan hak mereka mereka bersuara dan berhimpun secara aman. Sebaliknya, PDRM harus mengutamakan ketidakadilan terutamanya isu-isu yang dibangkitkan semasa Perarakan Wanita ini seperti: mengharamkan perkahwinan kanak-kanak, menghapuskan keganasan terhadap gender tertindas dan golongan minoriti, dan melindungi golongan yang tertindas.
Ini saat genting bagi kerajaan baru untuk menunjukkan komitmen terhadap hak asasi manusia dan menegakkan hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman dan tanpa senjata. Kami menggesa kerajaan untuk menangani defisit kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan dan memulihkan keyakinan rakyat dengan mematuhi dan mengikut cadangan PBB yang diterima 151.147: menyemak semula Akta Perhimpunan Aman 2012 demi menghapuskan diskriminasi dan halangan kebebasan berpersatuan dan perhimpunan aman.
Jika itu adalah visi kerajaan yang baharu dan madani, mengapa pihak berkuasa menentang prinsip tersebut? Kami menggesa kerajaan untuk melindungi hak kami sebagai rakyat Malaysia, hak kami sebagai manusia, dan hak kami di negara ini yang berteraskan demokrasi.
Rise. Resist. Bangkit. Bantah.
Organising Committee
Women’s March Malaysia 2023