After WMMY23
Local Government Development Minister
“Kerajaan tidak akan sesekali menyokong sebarang penganjuran program lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di dalam negara ini…
Mana-mana pihak yang melanggar dasar kerajaan, mereka akan diambil tindakan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan”
Nga Kor Ming, 22 March 2023
Source: Sinar Harian: Tindakan tegas terhadap pihak sokong LGBT
Rantau Panjang MP
Begitu juga saya ingin menyentuh Butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Apakah peranan JAKIM dalam menentukan dan memastikan produk halal dalam pasaran? Begitu juga sikap JAKIM dalam masalah ‘Islamophobia’, begitu juga isu LGBT dan termasuk juga filem-filem yang merosakkan akidah. Apakah usaha yang telah dibuat oleh JAKIM dalam menangani isu ini?
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff, 13 March 2023
Source: Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas Penggal Kedua Mesyuarat Pertama
Pasir Mas MP
Sebagai contoh, LGBT. Kita saksikan bagaimana semalam di Dataran Merdeka, sempena perarakan Hari Wanita. Sudah tentu kita setuju untuk hendak memperkasakan wanita, empowerment dengan izin, golongan wanita. Itu termasuk dalam agenda kita bersama. Akan tetapi, ada golongan yang mengambil kesempatan daripada perarakan ini untuk melontarkan idea-idea supaya kerajaan menghalalkan LGBT dalam negara ini?
Ini satu perkara yang tidak boleh kita terima sama sekali. Saya ucapkan tahniah kepada pihak polis yang terus membuka kertas siasatan dan kita mahu supaya pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan supaya mereka tidak mengulangi lagi perkara ini pada masa-masa yang akan datang.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari, 13 March 2023
Source: Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas Penggal Kedua Mesyuarat Pertama
Pokok Sena MP
Tuan Pengerusi, juga saya ingin membangkitkan iaitu ingin mengetahui bilakah Rang Undang-undang Pindaan Akta 355 akan dibentangkan oleh pihak kerajaan?
Terakhir ialah Butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Antara fokus yang diterapkan dalam Pelan Transformasi Al-Falah iaitu mengenai kemuliaan syariah menyentuh konteks perundangan dan kehakiman Islam. Kita melihat suatu perkembangan yang membimbangkan pada hari ini mengenai perkembangan golongan LGBT.
Semalam berlangsung himpunan haram LGBT di dataran SOGO. Mereka secara terangterangan membawa sepanduk dan bendera pelangi sebagai tanda sokongan kepada golongan LGBT. Mereka berani tampil untuk mendedahkan pendirian mereka dengan jelas. Malah, diwajahkan pula melalui ucapan-ucapan penulisan, malah dalam bentuk filem sebagaimana filem Mentega Terbang baru-baru ini. Ertinya, mereka bergerak melalui jarum yang cukup halus. Saya melihat golongan ini cuba menyerap masuk dalam masyarakat dengan membunuh rasa
sensitiviti terhadap kesongsangan tersebut.Lama-lama ia akan menjadi lebih mudah untuk diterima dan dinormalisasikan. Mereka sebaliknya menyalahkan stigma diskriminasi masyarakat sebagai batu penghalang kepada citacita jijik tersebut. Diskriminasi hanyalah alat untuk mereka menormalisasi aktiviti songsang tersebut dalam negara.
Tuan Pengerusi, jadi apa yang ingin saya bangkitkan ialah apakah tindakan yang akan diambil terhadap peserta himpunan haram LGBT semalam? Ia bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan termasuk dalam item sekatan perhimpunan di bawah seksyen 15, begitu juga kesalahan di bawah Akta Hasutan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya, 13 March 2023
Source: Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas Penggal Kedua Mesyuarat Pertama
~