Categories
media Uncategorized

Rakyat Malaysia Berarak Untuk Hak Asasi Wanita dan Kesamarataan Gender, Menuntut Kerajaan Memenuhi 7 Tuntutan

Malaysians Marched For Women’s Rights and Gender Equality, Urging Government to Act on 7 Demands

Sempena Hari Wanita Sedunia hari ini, seramai 300 orang rakyat Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur untuk menuntut hak asasi wanita dan kesamarataan gender. Perarakan yang bertemakan “Hentikan Keganasan, Hormati Wanita” bermula pada jam 10:30 pagi di SOGO dah berakhir di Dataran Merdeka pada jam 1:30 tengahari. Perarakan ini berlangsung secara aman dan tanpa sebarang kekacauan.

Peserta-peserta perarakan ini menyatakan 7 tuntutan melalui pelbagai sepanduk kreatif. 7 tuntutan ini adalah:

  • Hentikan segala jenis keganasan berdasarkan gender dan orientasi seksual
  • Haramkan perkahwinan kanak-kanak
  • Jamin hak dan kebebasan untuk membuat pilihan ke atas tubuh badan dan kehidupan sendiri
  • Gaji sama rata bagi pekerjaan yang sama nilainya
  • Gubal Akta Kesaksamaan Gender
  • Isytihar krisis iklim & rangka pelan nasional bagi menangani krisis iklim
  • Penyertaan awam dan politik yang sama rata

Sepanduk-sepanduk juga menyatakan sokongan penuh para peserta untuk hak asasi wanita dan kesamarataan gender. 13 orang pembicara yang memberi inspirasi dan berpengetahuan, termasuk penyair, telah naik ke pentas untuk berkongsi tentang tuntutan-tuntutan ini.

Seorang wakil wanita dari Suku Orang Asal Temiar dari Gua Musang, Kelantan, juga menuntut kerajaan untuk mengiktiraf, menghormati dan melindungi hak orang asal. “Kami wanita Orang Asal telah lama bersuara untuk mempertahankan tanah dan adat kami, bahkan turut bersama menjalankan sekatan. Kami menuntut kerajaan Malaysia untuk mengiktiraf, menghormati dan melindungi hak orang asal.” Wakil Temiar ini turut berkongsi bagaimana Orang Asal mempertahankan hutan, bukan untuk kepentingan mereka sahaja, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia supaya menghalang perubahan iklim.

Peserta-peserta perarakan itu turut tersentak apabila aktivis hak asasi kanak-kanak, Dr. Hartini Zainudin berkongsi bahawa seramai 15,000 kanak-kanak, atau sekitar 4 kanak-kanak sehari, telah dikahwinkan sejak tahun 2010 di Malaysia. “Patriarki tidak hormat terhadap wanita serta kanak-kanak.”

Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, kanak-kanak di bawah umur 16 tahun tidak dibenarkan menyertai perarakan seperti ini. Oleh itu, ahli-ahli jawatankuasa penganjur telah membaca surat seorang gadis berumur 14 tahun atas pihaknya, tentang harapannya untuk Malaysia mengakhiri perbuatan perkahwinan kanak-kanak.

Surat dari seorang pelarian Rohingya juga dibaca, yang menyeru kerajaan Malaysia menegakkan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskrminasi Terhadap Wanita (Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women – CEDAW) untuk melindungi dan menyokong semua wanita tanpa mengira status mereka.

Aktivis Rozana Isa, dari Sisters in Islam mengingatkan para peserta, “Selagi adanya di antara kita yang masih ditindas, kerana mereka adalah wanita, atau kerana mereka berbeza, tiada seorang pun dari kita yang bebas.”

Meskipun perarakan telah berlangsung dengan aman, kami sedar bahawa gangguan dan serangan terhadap mereka yang hadir telah bermula. Gangguan dan serangan media sosial akan berlaku setiap kali para wanita berdemonstrasi demi menuntut hak mereka. Kami menggesa pihak berkuasa untuk menghentikan keganasan dalam talian terhadap wanita dan masyarakat terpinggir.

Kami juga menyeru kerajaan segera bertindak atas 7 tuntutan hari ini apabila kabinet baru dibentuk, dan tidak berpatah balik dalam isu hak asasi wanita.

Sebagai pihak penganjur, kami juga rajin memastikan bahawa acara ini memenuhi kehendak Akta Perhimpunan Aman 2012, menyebarkan nasihat dalam talian dan sebelum perarakan mengenai etika penyertaan, hak undang-undang yang berkaitan dengan kebebasan berhimpun, serta langkah berjaga-jaga tentang Covid-19.

Jawatankuasa penganjur telah menyediakan topeng muka dan sanitiser tangan sebagai langkah berjaga-jaga, dan mendesak para peserta supaya tidak hadir jika mereka menunjukkan tanda-tanda seperti batuk, demam dan sakit tekak.

Jawatankuasa penganjur juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah berarak hari ini, dengan mengambil kira perkembangan politik serta kebimbangan Covid-19 yang berterusan. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan, penyumbang, pemerhati rasmi dan pasukan perubatan dan undang-undang untuk sokongan mereka.

Semoga perjuangan kita untuk hak asasi wanita terus berlanjut melampaui hari ini.

Hentikan Keganasan, Hormati Wanita!


Jawatankuasa Penganjur Perarakan Wanita Malaysia 2020

The International Women’s Day march today in Kuala Lumpur saw about 300 Malaysians come together demanding women’s rights and gender equality. The march, themed ‘End Violence, Respect Women!’, started at about 10:30am at SOGO and ended at 1:30pm near Dataran Merdeka. It was peaceful and without incident.

Participants stated their stand on the 7 demands of the march through a variety of creative placards. The 7 demands are:

  • End all violence based on gender & sexual orientation 
  • Ban all child marriages 
  • Ensure our rights & freedoms to make choices over our own bodies and lives 
  • Equal pay for work of equal value 
  • Legislate the Gender Equality Act
  • Declare climate crisis and formulate national plan to mitigate climate crisis 
  • Equal public and political participation

The placards also spoke of participants’ full support for women’s rights and gender equality. Thirteen inspiring and insightful speakers, including poets, took to the microphone to speak on the demands.

A representative of the Orang Asli Temiar tribe from Gua Musang, Kelantan, urged the government to recognise, respect and protect indigenous peoples’ rights. “We indigenous women have been struggling for our land and our culture, and even participating in blockages. We call upon the Malaysian government to recognise, respect and protect our rights,” she said. The Temiar spokeswoman added that Orang Asli people defend their land not just for themselves but for all Malaysians, and to help stop climate change.

Participants of the march were stunned when child rights advocate, Dr. Hartini Zainudin, highlighted that 15,000 children, or about four children a day, have been married off in Malaysia since 2010. “Patriarchy has no respect for girls, and no respect for children,” she said.

Under the Peaceful Assembly Act, children below the age of 16 are not allowed to participate in marches. The organisers therefore read out a letter by a 14-year-old girl on her behalf, on her hopes for Malaysia to end child marriage.

A letter by a Rohingya refugee was also read at the march, calling on the Malaysian government to uphold the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) to protect and support all women regardless of their status.

Activist Rozana Isa, from Sisters in Islam reminded the participants, “As long as some of us are still oppressed, because they are women, or because they are different, none of us are free yet”.

While the march today went on peacefully, we are aware that harassment and attacks against those who attended have begun. Harassment and attacks on social media happens every time women take to the streets to demand for their rights. We urge the authorities to put a stop to online violence against women and marginalised communities.

We also call on the government to immediately act on the 7 demands made today once a new cabinet is formed, and not regress on women’s human rights.

As organisers, we have been diligent in ensuring that the event met the requirements of the Peaceful Assembly Act 2012 (PAA 2012), disseminating advisories online and prior to the march on participation etiquette, legal rights relevant to freedom of assembly, and Covid-19 precautionary measures. Additionally, the organising committee provided face masks and hand sanitisers as a precautionary measure, and urged participants to abstain from attending if they were showing symptoms such as cough, fever and sore throat.

The march’s organising committee would like to congratulate and thank all those who took a stand and marched today despite the political developments in this country and ongoing Covid-19 concerns. We also thank all volunteers, contributors, official observers and the medical and legal teams for their kind support. 

May our fight for women’s human rights continue beyond this day.

End Violence, Respect Women!

Jawatankuasa Penganjur Perarakan Wanita Malaysia 2020

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s