Categories
media

Women’s March Malaysia 2020 To Be Held on 8th March 2020

Perarakan Wanita Malaysia 2020 pada 8hb Mac 2020

Kepada Pengarang,

Jawatankuasa Penganjur Perarakan Wanita Malaysia ingin menjemput penyertaan dan sokongan awam untuk Perarakan Wanita Malaysia 2020 di Kuala Lumpur, sempena Hari Wanita Sedunia pada 8hb Mac.

Tuntutan kami tahun ini adalah;

  • Hentikan segala jenis keganasan berdasarkan jantina dan orientasi seksual
  • Haramkan perkahwinan bawah umur
  • Jaminkan hak dan kebebasan untuk membuat pilihan ke atas tubuh badan dan kehidupan sendiri
  • Pastikan gaji sama rata bagi pekerjaan yang sama nilainya
  • Gubalkan Akta Kesaksamaan Gender
  • Isytiharkan krisis iklim & merangka rancangan nasional bagi menangani krisis iklim
  • Penyertaan awam dan politik yang sama rata

Malaysia telah menandatangani Deklarasi dan Pelan Tindakan Beijing; Konvensyen
Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita PBB (CEDAW); Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC); Konvensyen PBB Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD), serta Konvensyen Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) C100-Mengenai Gaji Sama Rata.

Di bawah perjanjian-perjanjian tersebut, Malaysia wajib menunjuk komitmen dari segi reformasi perundangan dan juga perubahan sosial yang menjawab tujuh tuntutan Perarakan Wanita Malaysia 2020.

Kami ingin mengambil peluang ini untuk menolak sekeras-kerasnya liputan berita dan media yang tidak beretika semasa Perarakan Wanita 2019. Ia telah menyebabkan pencabulan privasi dan kerosakan harta benda, ucapan benci dan gangguan atas talian terhadap para peserta perarakan tersebut yang telah berhimpun, sama seperti tahun ini, untuk berkongsi solidariti secara aman bagi hak-hak wanita.

Sebagai pihak penganjur, kami bimbang tentang keselamatan dan kesejahteraan semua peserta perarakan, dan kami meminta para individu yang ingin mengambil gambar atau video supaya bertimbang rasa tentang privasi para peserta dengan mengaburkan muka mereka, atau tidak memasukkan muka mereka dalam gambar atau video tersebut.

Walaubagaimanapun, oleh kerana kami tidak dapat menjamin para penonton dan orang awam akan mengikut peraturan asas tentang persetujuan, kami cadangkan para peserta yang bimbang tentang privasi mereka untuk memakai topeng muka semasa melaksanakan hak mereka untuk berhimpun dan bersuara berkenaan tujuh tuntutan hak-hak wanita dan kesaksamaan jantina di Malaysia.

Penggunaan topeng muka juga mengikut saranan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) untuk meningkatkan langkah-langkah pencegahan berkenaan masalah Covid-19 yang masih berterusan di seluruh dunia.

Tambahan pula, kami ingin menekankan hak untuk berhimpun dan berarak yang termaktub di dalam Artikel 10 (Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan) Perlembagaan Malaysia, yang menyatakan dengan jelas bahawa (a) setiap warganegara Malaysia berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; (b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata; dan (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Hak-hak ini juga dimaktubkan di dalam Artikel 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang menyebut bahawa setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan bersuara; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan.

Oleh itu, kami ingin meminta kerjasama pihak berkuasa Malaysia untuk menjamin keselamatan bagi mereka yang berarak dan juga sesiapa yang berada di kawasan yang terlibat, dan membantu mencegah apa-apa ancaman dan kebencian terhadap pihak penganjur dan para peserta.


Maklumat lanjut tentang Perarakan Wanita Malaysia 2020 tersedia di laman web
http://www.womensmarchmy.wordpress.com


Untuk maklumat lain atau jika ada pertanyaan, sila emel kami di
womensmarchmy@protonmail.com

Yang Benar, Jawatankuasa Penganjur Perarakan Wanita Malaysia 2020

Dear Editor, 

The Women’s March Malaysia organising committee calls for public support of Women’s March Malaysia 2020 in Kuala Lumpur, in conjunction with International Women’s Day on 8th of March.

Our demands this year are:

  • End all violence based on gender & sexual orientation 
  • Ban all child marriages 
  • Ensure our rights & freedoms to make choices over our own bodies and lives
  • Equal pay for work of equal value 
  • Legislate the Gender Equality Act
  • Declare climate crisis and formulate national plan to mitigate climate crisis
  • Equal public and political participation  

Malaysia is a signatory to the Beijing Declaration and Platform for Action; UN Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW); Convention on the Rights of the Child (CRC); Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD), and International Labour Organisation’s (ILO) C100- Equal Renumeration Convention. 

Under these treaties, Malaysia is obligated to show commitment to legal reform and social change which address these seven demands of Women’s March Malaysia 2020.

We take this opportunity to strongly condemn the unethical news and media coverage of the Women’s March Malaysia 2019. This led to privacy violations of march participants, targeted property damage, hate speech, and online harassment of individual participants, who had gathered, as we will this year, to peacefully share solidarity for women’s rights. 

As organisers, we are concerned for the safety and wellbeing of all participants, and we urge individuals who wish to take pictures or videos of the march to be considerate about the privacy of those participating by either blurring out faces, or capturing photos or videos without the faces of participants. 

However, as we cannot guarantee that bystanders will adhere by these basic rules of consent, we suggest that participants who are concerned about their privacy wear face masks while exercising their right to freedom of expression and assembly regarding the seven demands for Women’s Rights and Gender Equality in Malaysia. 

The use of face masks is also in line with the WHO’s (World Health Organisation) call for increased precautions to be taken regarding the ongoing Covid-19 global health advisory. 

Furthermore, we would like to emphasise that the right to assemble and march is enshrined in Article 10 (Freedom of Speech, Assembly and Association) of the Malaysian Constitution, which expressly states that (a) every citizen has the right to freedom of speech and expression; (b) all citizens have the right to assemble peaceably and without arms; and (c) all citizens have the right to form associations. 

These rights are also enshrined in Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR) which states that everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference and to seek, receive and impart information and ideas through any media and regardless of frontiers.

We thus seek the kind cooperation of the Malaysian authorities to ensure the safety of those marching and those in the vicinity, and offer support to curb threats and hate towards the organisers and participants. 

Further details of Women’s March Malaysia 2020 are available on the website http://www.womensmarchmy.wordpress.com.

For information or queries, please email us: womensmarchmy@protonmail.com

Sincerely, Women’s March Malaysia 2020 Organising Committee