Categories
Uncategorized

#WomensMarchMY Festival

Festival #WomensMarchMY adalah acara satelit sempena perarakan pada 9 Mac.

  • Ahad, 24 Februari 2019 | Sunday, 24 February 2019
  • 11:00am – 6:00pm
  • RUANG by ThinkCity, Kuala Lumpur

(Note: Scroll down for English)

Pada 9 Mac 2019, bersempena dengan Hari Wanita Sedunia, kita akan berarak untuk hak asasi perempuan dan masyarakat terpinggir di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.

Menjelang perarakan tersebut, kami akan menyediakan ruang dan menganjurkan rangkaian acara untuk memperdalam pemahaman kolektif kita berhubung tuntutan #WomensMarchMY pada tahun ini, dan pengalaman perempuan beragam serta kumpulan masyarakat terpinggir.

Hari Ahad ini, 24 Februari 2019, kami akan menjadi tuan rumah bagi acara-acara yang menarik untuk anda semua. Sila rujuk jadual di bawah:


Jualan Garaj: Some Things I Used to Love

Masa: 11:00 pagi – 6:00 petang

Adakah baru-baru ini anda terjebak dengan #KonMari dan sedang membuang barang-barang yang tidak menggembirakan? Sabar, ia boleh menjadi sumber kegembiraan bagi orang lain!

Pembayaran sewa gerai adalah melalui sumbangan ikhlas daripada penggerai, di mana sumbangan terkumpul akan digunakan untuk membiayai #WomensMarchMY aktiviti dan mobilisasi untuk perarakan pada 9 Mac nanti!

Tayangan Cempaka: ‘Anarchist from The Colony’

Masa: 12:30 tengahari – 2:00 petang

Berdasarkan kisah benar, filem ini menceritakan kisah Park Yeol, aktivis anarkis dan revolusioner yang menganjurkan “heukdohoe”, sebuah kumpulan anarkis yang dibentuk di Korea di bawah pemerintahan Jepun. Kumpulan ini terdiri daripada hanya dua orang perempuan yang peranan mereka sering dihadkan dan dikurangkan kepada peranan stereotaip. Filem ini juga menyoroti hubungan berahi di antara Park Yeol dan kekasihnya, Kaneko Fumiko, seorang nihilist Jepun yang bersimpati dengan Korea yang ditindas di bawah pemerintahan Jepun.

Berikutan tayangan itu, Cempaka akan membuka ruang untuk berbincang mengenai perwakilan wanita dalam aktivisme.

Perbincangan Cempaka : Kaneko Fumiko dan Perwakilan Perempuan dalam Aktivisme

Masa: 2:00 petang – 3:00 petang

Dalam budaya pop, perempuan di dalam dunia aktivisme biasanya dipaparkan sebagai si isteri, si pasangan, si kekasih yang romantis atau ‘love interest’ para pemimpin gerakan (lazimnya laki-laki cisgender). Akibatnya perempuan diterhadkan kepada peranan stereotaip sahaja. Meskipun perempuan di dalam bidang aktivisme memberi sumbangan yang amat besar, kisah-kisah mereka sering terkubur atau terhapus dari sejarah popular.

Sesi bersama Herinza dan Ali Rafiq dari Cempaka akan menggali peranan nyata perempuan di dalam aktivisme dan bagaimana dominasi lelaki telah menghapus sumbangan mereka dalam sejarah.

Kuasa Berhimpun & Menghimpunkan Kuasa Kolektif

Masa: 3.00 petang – 4.30 petang

Sejarah telah menuliskan bahawa perempuan dan komuniti yang terpinggir telah menganjurkan dan melibatkan diri di dalam perhimpunan dan perarakan atas pelbagai sebab – untuk menunjukkan solidariti antara satu sama lain, menguatkan suara kolektif dan mendapatkan semula kuasa, sebagai peringatan mengenai perjuangan untuk kebebasan dan perubahan, dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, bagi perempuan dan masyarakat yang terpinggir, hak asasi untuk berhimpun, berpersatuan dan berekspresi boleh menimbulkan banyak risiko. Di dalam perbincangan ini, kami akan menganalisis sejarah penglibatan perempuan yang beragam dan populasi yang terpinggir dalam perarakan, dan halangan yang dihadapi dalam menjalankan hak kita untuk berhimpun, berpersatuan dan mengekspresikan diri.

Perbincangan sidang  pleno bersama Jac sm Kee, Gisele Rimong, Subatra Jayaraj, Sabrina dan Andi Suraidah.

Sesi Serentak untuk Kuasa Berhimpun & Menghimpunkan kuasa Kolektif

Masa: 4:30 petang – 5:30 petang

Terdapat tiga sesi serentak selepas pleno, termasuk beberapa sesi terbuka. Sesi ini direka agar menjadi lebih interaktif dan santai. Jadi, bersiaplah untuk berbincang.

Sesi serentak tersebut adalah seperti berikut:

#1 Menghapuskan Keganasan Berasaskan Gender & Punca-puncanya

Memfokuskan kepada tuntutan 1, 2, 3 dan 5 #WomensMarchMY, perbincangan ini akan tertumpu pada patriarki dan manifestasinya, khususnya keganasan berasaskan seks dan gender dalam talian dan luar talian (online and offline)  yang dihadapi oleh perempuan dan kumpulan terpinggir yang pelbagai.

Perbincangan akan dipimpin oleh Serene Lim, Alia Affendy, Fara Rom, Nazira Roslee dan ramai lagi.

#2 Gaji Setara, Akses & Penghargaan Pekerjaan

Tuntutan 4 daripada #WomensMarchMY memperakui kepentingan memastikan perempuan yang pelbagai memiliki akses untuk bekerja yang setara, dan diberi pampasan setara dan adil atas pekerjaan yang mereka lakukan. Namun, ramai perempuan bukan setakat dibayar secara tidak setara, malah juga tidak diperakui sebagai pekerja, menyebabkan sesetengah perempuan terdedah kepada eksploitasi tanpa jaring dan jaminan keselamatan.

Dalam perbincangan ini, kami akan meneroka isu-isu sekitar upah dan pekerjaan bersama dengan Selvi, Suri Kempe, Shaqirah, Bina Jaya dan ramai lagi.

#3 Mendefinisikan Semula Kelelakian dalam Era #MeToo

Dalam sesi ini, kami akan menyelami persoalan  tentang apa makna sifat kelelakian yang toksik dan sihat, dan apa yang dimaksudkan sebagai lelaki. Kami juga akan membongkar keistimewaan sifat kelelakian, kuasa dan peranan gender.

Sertai panel kami, Zurairi AR, Rizal Rozhan, Dorian Wilde, Yu Ren Chung, Izzah Dejavu dan ramai lagi untuk meneroka peranan lelaki dalam gerakan kesetaraan gender dan apa yang dimaksudkan sebagai seorang lelaki yang menyokong feminisme.

#4 Sesi Terbuka

Sesi terbuka adalah ruang yang dianjurkan sendiri, di mana orang ramai mempunyai pilihan untuk menganjurkan perbincangan kecil mengenai topik yang mereka minati untuk dibincang bersama satu sama lain.


On 9th March 2019, in conjunction with International Women’s Day, people will be marching for the human rights of women and marginalised communities in Kota Kinabalu and Kuala Lumpur.

Leading up to the march, we will be convening spaces and hosting a series of thought-provoking events to deepen our collective understanding of the demands for this year’s #WomensMarchMY, and the diverse experiences of women and marginalised groups.

This Sunday, 24 February 2019,  we will be hosting the following series of exciting events for all of you. Please check out our schedule below:


Garage Sale: Some Things I Used to Love

Time: 11:00am – 6:00pm

Have you recently #KonMari and are disposing stuff that don’t spark joy anymore? Well, it could spark joy for someone else!  

Booth rental is by kind donation of vendors to fund #WomensMarchMY where proceeds will be used to fund activities and mobilisation for the march on 9 March!

Cempaka Screening: ‘Anarchist from The Colony’

Time: 12:30pm – 2:00pm

Based on a true story, the film tells the story of Park Yeol, an anarchist and revolutionary activist who organised “heukdohoe”, an anarchist group formed in Korea under Japanese rule. The group consisted of only two women members whose roles were often restricted and reduced to stereotypes. The movie also highlights the passionate relationship between Park Yeol and his lover, Kaneko Fumiko, a Japanese nihilist who sympathised with Koreans oppressed under Japanese rule.

Following the screening, Cempaka will convene a discussion about the representation of women in activism.

Cempaka Discussion: Kaneko Fumiko and The Representation of Women in Activism

Time: 2:00pm – 3:00pm

In pop culture, women in activism are typically the wife, the partner, the romanticised lover or love interest of a movement’s leaders (typically cisgender men). Women therefore are reduced to stereotypical roles. Despite women’s immense contribution in activism, their stories are often buried or erased from popular history.

This session with Cempaka’s
Herinza and Ali Rafiq will explore the real roles of women in activism and how the dominance of men has erased their contribution in history.

The Power of Rallying & Rallying Collective Power

Time: 3.00pm – 4.30pm

Women and marginalised communities have historically organised and participated in rallies and marches over a variety of reasons—to show solidarity for each other, amplify our collective voice and regain power, as a reminder of the struggles for freedom and change, and more. However, for women and marginalised communities, this basic exercise of freedom of assembly, association and expression can pose a lot of risks. In this discussion, we will zoom in on the history of participation of diverse women and marginalised populations in marches, and the barriers faced in exercising our right to assemble, associate and express ourselves.

Come join this plenary discussion with
Jac sm Kee, Gisele Rimong, Subatra Jayaraj, Sabrina and Andi Suraidah.

Parallel sessions for The Power of Rallying & Rallying Collective Power

Time: 4:30pm – 5:30pm

There will be three parallel sessions following the plenary, including some open sessions. The sessions are designed to be more interactive and chill. So, please be prepared to engage in discussions.

These are the parallel sessions:

#1 Eliminating Gender-Based Violence & Its Root Causes

Focusing on
demands 1, 2, 3 and 5 of #WomensMarchMY, this discussion focuses on patriarchy and its manifestations, particularly sexual and gender-based violence online and offline faced by diverse women and marginalised groups.

The discussion will be led by
Serene Lim, Alia Affendy, Fara Rom, Nazira Roslee and more.

#2 Equal Pay, Access & Recognition of Work

Demand 4 of #WomensMarchMY recognises the importance of ensuring diverse women have equal access to work, and are compensated equally and fairly for the work that they do. However, many women are not only not paid equally, but also not recognised as workers, leaving some women vulnerable to exploitation without safety net and security.

In this discussion, we will explore the issues around wage and work with
Selvi, Suri Kempe, Shaqirah, Bina Jaya and more.

#3 Redefining Masculinity in the Age of #MeToo

In this session we dive deep in into questions of what is toxic and healthy masculinity, and what it means to be men. During the discussion, we will also unpack masculinity, privilege, power and gender roles.

Join our discussants
Zurairi AR, Rizal Rozhan, Dorian Wilde, Yu Ren Chung, Izzah Dejavu and more as we explore the role of men in the gender equality movement and what it means to be a man who supports feminism.

#4 Open session

Open sessions are self-organised spaces, where people have the option to organise small discussion on topics that they are interested to discuss with each other.

Poster program |
Programme poster

Seni reka oleh Mastura Rashid.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s