8 March / Mac 2020 #WomensMarchMY #PerarakanWanitaMY

Festival #WomensMarchMY

29th Februari / February 2020, 10 am – 7:30 pm

GMBB, Kuala Lumpur

Tuntutan Kami

  • Hentikan segala jenis keganasan berdasarkan gender dan orientasi seksual
  • Haramkan perkahwinan kanak-kanak
  • Jamin hak dan kebebasan untuk membuat pilihan ke atas tubuh badan dan kehidupan sendiri
  • Gaji sama rata bagi pekerjaan yang sama nilainya
  • Gubal Akta Kesaksamaan Gender
  • Isytihar krisis iklim & rangka pelan nasional bagi menangani krisis iklim
  • Penyertaan awam dan politik yang sama rata

Notis

Kami maklum bahawa wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) terkawal di Malaysia. Oleh itu, rancangan acara sambutan Hari Wanita Sedunia akan diteruskan. 

Kami akan memantau situasi berkaitan wabak ini dan akan memaklumkan menerusi laman web dan media sosial sekiranya ada perubahan kepada rancangan.

Sementara itu, bagi mencegah daripada dijangkiti virus, warga di Malaysia disaran mengikuti nasihat Kementerian Kesihatan seperti berikut:

1. Kerap mencuci tangan
2. Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk
3. Elak sentuhan dengan individu yang mempunyai gejala
4. Elakkan dari mengambil (memakan atau meminum) sebarang produk haiwan yang mentah/tidak dimasak dengan sempurna
5. Elakkan sentuhan dengan haiwan liar, daging dan kandang

Our Demands

  • End all violence based on gender & sexual orientation
  • Ban all child marriages
  • Ensure our rights and freedom to make choices over our own bodies & lives
  • Equal pay for work of equal value
  • Legislate the Gender Equality Act
  • Declare climate crisis & formulate national plan to mitigate climate crisis
  • Equal public and political participation


Notice

We note that the Novel Coronavirus (2019-nCoV) outbreak is under control in Malaysia. Therefore, plans for the International Women’s Day celebration will continue.

We will monitor the situation of the outbreak and will update through this website and social media should there be any changes to the plans.

Meanwhile, to prevent infection, people in Malaysia are urged to follow recommendations made by the Ministry of Health as follows:

1. Wash hands regularly
2. Cover mouth and nose when sneezing and coughing
3. Avoid contact with individuals who have symptoms 
4. Avoid consuming (eating or drinking) animal products that are uncooked or not cooked properly
5. Avoid contact with wild animals, meats and animal enclosures